Saturday, May 22, 2010

D' Arena 24 Mei 2010 ~ Ofsaid Part 1


Assalamualaikum

Saya terfikir-fikir apa yang patut saya tarikan dientri yang kedua ini. Pada mulanya mahu sahaja saya tarikan tentang alasan BAM terhadap kegagalan mereka didalam misi merangkul Piala Thomas. Alasan yang menjadi bahan ketawa budak sekolah tadika sahaja. Media dijadikan mangsa. Huh!! Alasan apa tu?

Awal-awal lagi, saya sudah nampak Malaysia tidak berpeluang. Maaflah, bukan tidak patriotik tetapi kekuatan dan kelemahan pasukan negara nampak sangat dia atas kertas. Usah tertipu dengan kedudukan ranking semasa tetapi lihat kepada kekuatan dan rekod pertemuan. Saya rasa jurulatih lebih arif tentang ini.

Tetapi sampai sekarang saya masih tertanya-tanya, apakah fomula yang digunakan oleh Li Yong Bo dalam menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti tanpa henti. Kenapa pula negara kita tidak dapat menghasilkan pemain-pemain seperti itu walaupun pada peringkat remaja, mereka sudah menguasai rakan sebaya mereka diperingkat asia atau dunia?

Kita tinggalkan dulu badminton, saya baru mendapat idea untuk entri kali ini. Mengenangkan piala dunia bakal menjelang, ada baiknya kalau kita berkongsi ilmu tentang ofsaid didalam bolasepak. Saya bukanlah orang yang selayaknya bercakap tentang undang-undang bolasepak tetapi tidak salah rasanya berkongsi ilmu.

Setelah selesai membuat kaji selidik, maka inilah hasilnya.

UNDANG-UNDANG 11 – OFSAID

Kedudukan Ofsaid
Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid.

Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika:

• dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan PEMAIN LAWAN YANG KEDUA TERAHIR

Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:

• dia berada di kawasan padang permainannya sendiri atau

• dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau

• dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir

Kesalahan

Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat Pengadil, dia terlibat aktif dalam permainan dengan:

• mengganggu permainan atau

• mengganggu pemain pihak lawan atau

• memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu

Tiada Kesalahan

Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:

• sepakan gol

• lontaran ke dalam

• sepakan penjuru

Sila perhatikan kepada ayat yang saya gelapkan dan perkataan yang saya besarkan hurufnya. Bukan hendak memandai tetapi inilah yang diberitahu oleh rakan saya seorang pengadil peringkat Negeri Johor. Saya percaya ramai diantara pembaca membayangkan maksud ayat itu adalah penyerang yang melepasi 'last man' pasukan lawan dan berhadapan dengan penjaga gol sahaja.

Sebenarnya PEMAIN LAWAN YANG KEDUA TERAHIR tidak bermaksud 'last man'. Penjaga gol juga boleh jadi pemain kedua terakhir. 

Contoh terbaik perlawanan liga Malaysia diantara Selangor dan Johor FC. Kedua-dua pengulas, Haji Zainal Abidin dan Azlan Johar tertanya-tanya kenapa jaringan gol pasukan Johor FC tidak dikira. Pada pendapat saya mereka mengangap gol itu perlu disahkan kerana pemain Johor FC sudah melepasi penjaga gol.

Gambaran keadaan lebih kurang begini, pasukan Johor FC mendapat tendangan sudut, penjaga gol pasukan Selangor keluar untuk menangkap tetapi gagal manakala digarisan gol pula seorang pemain pertahan selangor menjaga sudut sebelah kiri dan diatasnya sedikit pemain Johor FC yang kemudiannya mendapat hantaran dan terus menjaringkan gol.

Apa yang dapat saya jelaskan disini, pemain Johor FC berada didalam keadaan ofside kerana sudah melepasi pemain pertahanan kedua terakhir pasukan lawan.

Panjang lebar sudah penjelasan daripada orang amatur seperti saya ini. Semoga dengan sedikit penjelasan dapat membantu pembaca tentang peraturan bolasepak. Insya allah pada entri akan datang saya akan masukan keadaan yang samar-samar tentang ofsaid ini ataupun boleh blog ini http://pengadilfam.blogspot.com/ untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai undang-undang bolasepak.

Sehingga bertemu lagi D' Arena yang lain

Dozo Yoroshiku



2 comments:

  1. lor, bola dah mula.
    mana ulasannya papa?
    hahahahhaha

    ReplyDelete
  2. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete